Kerepek murah dan sedap


Kerepek Laila Crispy Chips & Taste (LCCT)

Ramai yang mencari kerepek yang murah. Kenapa nak murah? sebab boleh re-packing kembali dan jual dengan kuantiti yang banyak. Maka, keuntungan juga meningkat. Tetapi di Laila Crispy Chip & Taste, kami menyediakan kerepek premium yang sesuai dengan kualiti yang diberikan.

Tambahan pula, kerepek kami berasaskan homemade dan rasa yang enak, seperti pelanggan-pelanggan kami sebelum ini.

Jika anda mahu memborong kerepek kami, boleh WhatsApps terus kepada manager LCCT, shahrul di 012-3437359 (24jam/7 hari)


0 comments

Alhamdulillah, kerepek kami mendapat satu whatsapps dari diluar bangsa Melayu yang mahu mencuba kerepek pisang tanduk masin kami. Dan lebih menarik, mereka mahu membawakan kerepek kami itu di England.

Walaupun kami usahawan kecil-kecilan, nampaknya sudah ada permintaan merentasi bangsa dan agama. Produk makanan halal semestinya dicari dan diminati ramai



0 comments

Inilah antara "city" yang dapat dikeluarkan dari facebook pages Laila Crispy Chips Taste. Top city yang visit laman pages kami adalah Kuala Lumpur, Shah Alam dan ketiga baru Klang. Walaupun kerepek kami nombor #1 di Klang, tapi visitor kami banyak dari KL

Alhamdulillah, country visit pun banyak memasuki laman pages kami. Terima kasih Indonesia, United Kingdom, Brunei dan lain-lain. Mungkin mencari kerepek yang sedap, kan?

Kuasa pembelian masih utuh didominasi oleh pelanggan wanita.



0 comments
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera,

Alhamdulillah, proses pertukaran logo telah selesai sejak beberapa bulan yang lalu. Pada tahun 2013 produk kami menggunakan logo yang berwarna purple selama 2 tahun, dan pada tahun 2015 perubahan drastik telah pun diambil oleh pihak LCCT untuk memantapkan lagi penjenamaan dalam industri makanan ringan di Malaysia


Terima kasih kepada designer logo kami, iaitu Tuan Hafiz Rahman yang membuat logo baru kami dengan cantik dan terbaik. 

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan LCCT yang tidak putus menyokong perniagaan kami dan emoga ianya berkekalan.



Manager
Laila Crispy Chips & Taste 
0 comments
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera,

Selalunya pendapat atau pembeli yang memberi respond kami dapatkan melalui aplikasi WhatsApps dan media sosial yang lain. Yang paling senang untuk mendapatkan respond adalah dengan menggunakan WhatsApps saja.

Di bawah adalah antara respond yang kami terima, yang pernah beli dan makan kerepek keluaran kami.

melalui WhatsApps

melalui Twitter

Keselesaan pembeli/pelanggan untuk memberikan respond adalah mengikut kepada mereka. Kalau mereka selesa ditanya dalam Twitter, boleh gunakan aplikasi tersebut. Jika tidak dan "play safe" cukup sekadar WhatsApps atau Telegram.

Terima kasih kepada semua pelanggan Laila Crispy Chips & Taste yang sudi membeli dan membuat "repeat order" kepada kami. Terima kasih daun keladi, esok lusa beli lagi! *smile*


0 comments
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera,

Tempahan kerepek pisang tanduk keluaran LCCT sempena Aidilfitri @ Hari Raya 2014 adalah tertakluk pada pembekal pisang mentah yang kami dapat untuk diproses menjadi kerepek pisang tanduk.

Sehubungan dengan itu, pihak LCCT menetapkan maksimum tempahan dari pelanggan adalah sebanyak 20 kilogram atau dengan bilangan bungkusan sebanyak 40 bungkus sahaja.

Tempahan akan dibuka pada minggu hadapan bersamaan dengan 23 Jun 2014

terima kasih semua!

Laila Crispy Chips & Taste

Facebook: LCCT page

0 comments

Kerepek Online?

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Ya, kami menyediakan khidmat penghantaran secara postage untuk mereka yang berada diluar kawasan Selangor khususnya. Jika membeli Cash On Delivery (COD) hanya sekitar Shah Alam & Klang sahaja PERCUMA, luar kawasan akan di caj.

Berapa kos postage?

Serendah RM7 per kilogram sahaja bayarannya. Jika anda membeli lebih dari 3 kilogram, harganya lebih sedikit sahaja.

Antara gambar kerepek untuk pelanggan kami;





Maklumbalas yang kami terima di dalam Facebook message;




0 comments
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera,

Update terkini: Sebanyak 11 kilogram kerepek pisang tanduk siap untuk dijual (valid sehingga 2/5/2014)

Alhamdulillah, Ahad (semalam) team kerepek LCCT berjaya menghasilkan kerepek pisang tanduk dengan jumlah 11 kilogram semuanya. Menggunakan sebanyak 41 kilogram pisang tanduk mentah, pulangan untuk production kali ini tidak mengecewakan.

Post kali ini di-quote dari blog shahrulhairy.com tentang kejayaan Kerepek Pisang Tanduk LCCT ke Sri Pentas, Damansara untuk membuat promosi drama mereka menggunakan kerepek keluaran kami.

We Believe In Quality- LCCT 


terima kasih!


0 comments
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera,

Mempunyai akaun Instagram yang aktif merupakan salah satu cara mempunyai rakan di seluruh pelosok dunia. Admin juga tidak terlepas dari menggunakan kemudahan ini untuk memperkenalkan Kerepek Pisang Tanduk LCCT!

Admin masih menggunakan akaun personal dalam membuat promosi...

Jika anda melayari Instagram, pastikan menggunakan hastag #lailacrispychipstaste untuk melihat gambar-gambar yang telah di-upload oleh admin. Kebanyakkan gambar adalah berkaitan dengan aktiviti pembelian, pembungkusan dan pengedaran kerepek LCCT.

terima kasih! jumpa lagi...


0 comments
Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah, petang tadi sempat meninjau-ninjau perkembangan dunia online dalam skop pemasaran kerepek pisang. Admin merasakan, industri kerepek semakin pesat dengan ada banyak persaingan di alam maya.

Sungguh pun begitu, ternyata hasil usaha keras saja dapat melihat hasilnya. Facebook page Laila Crispy Chips & Taste mendapat rank teratas sekali dan paparan pertama di Google Index!

Paparan google.com

terima kasih!


0 comments